Ikut Kekasih Antara Punca Pembantu Rumah Asing Tinggalkan Majikan

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lari mengikut teman lelaki adalah antara punca pembantu rumah rakyat asing bertindak meninggalkan majikan masing-masing, demikian menurut Biro Pengaduan Pengaduan Awam MCA.

Pengerusinya, Datuk Michael Chong berkata, daripada sembilan kes yang diterima setakat ini, rata-rata majikan menyatakan keyakinan tindakan pembantu rumah mereka berbuat demikian disebabkan faktor itu.

"Kemungkinan sebab utama pembantu rumah warga asing itu melarikan diri adalah kerana mengikut teman lelaki masing-masing dan mereka yang berbuat demikian kebanyakannya baru bekerja selama tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas menerima aduan berhubung perkara itu di sini, Khamis.

Beliau berkata, bagi mengelak kes seumpama itu berlaku, mereka yang ingin mendapatkan pembantu rumah dinasihat berurusan dengan ejen pembantu rumah berdaftar bagi memastikan pembantu rumah yang dihantar menepati syarat yang ditetapkan.

Sementara itu, seorang doktor gigi Ong Beng Tuck, 34, yang hadir membuat aduan, berkata pembantu rumahnya Angelica C. Dominguez, 33, dari Filipina melarikan diri pada Ahad lepas ketika mereka sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di sini.

Beliau yang berasal dari Bukit Sungai Long, Kajang Selangor berkata, ketika itu Angelica yang baru tiga bulan bekerja meminta izin ke tandas dan selepas setengah jam dia menghantar SMS memohon maaf dan berterima kasih kepada mereka sekeluarga.

"Setelah puas mencari, saya syaki dia telah melarikan diri berikutan pasport miliknya telah hilang dipercayai dicurinya," katanya dan menambah kata satu laporan polis dibuat pada pukul 8 malam, hari yang sama.

Ong berkata, atas nasihat biro itu, beliau akan menghubungi ejen yang menguruskan pengambilan Angelica bagi menuntut ganti rugi atas pembayaran RM9,200 wang perkhidmatan serta pendahuluan enam bulan gaji yang telah dibayar. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan