Syarikat, Pemegang Konsesi & Rakan Kongsi Terima Anugerah MAHB

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airport Holdings Bhd memberi pengiktirafan kepada syarikat penerbangan, syarikat pemegang konsesi, agensi dan rakan-rakan kongsi pada majlis Anugerah KLIA 2011.

Acara itu mengiktiraf 18 pemenang yang berdasarkan kejayaan mereka yang mengagumkan pada 2011 dalam sektor-sektor seperti pergerakan penumpang, faktor pertumbuhan, prestasi jualan, pengiktirafan antarabangsa serta prestasi perkhidmatan.

"Antara pemenang utama adalah syarikat penerbangan dengan trafik penumpang tertinggi dan syarikat penerbangan kargo dengan prestasi terbaik, yang masing-maisng dimenangi AirAsia dan MASKargo, bagi syarikat penerbangan terbaik (bagi penumpang) dan syarikat penerbangan terbaik (kargo).

"McDonald's di terminal penerbangan kos rendah, yang dikendalikan oleh Golden Arches (M) Sdn Bhd, merangkul 'Outlet Makanan dan Minuman Terbaik' manakala Perfumes and Cosmetic di Satellite, yang dikendalikan oleh Dimensi Eksklusif (M) Sdn Bhd, memenangi 'Outlet Perniagaan Terbaik', demikian menurut Malaysia Airport dalam satu kenyataan.

Anugerah KLIA itu juga mengiktiraf Kastam Diraja Malaysia KLIA di atas prestasi cemerlangnya dengan Anugerah Pengerusi.

Dalam usaha mempromosikan makanan dan minuman serta syarikat konsesi runcit di lapangan terbang, Malaysia Airports mengadakan pelbagai kempen promosi seperti acara tahunan 'Indulge Till You Fly' antara 19 Julai, 2012 dan 23 Feb, 2013 bagi menggalakkan penumpang membeli belah di semua lapangan terbang antarabangsa.

"Dalam menyediakan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan, kami melihat ke hadapan segala usaha untuk memenuhi keperluan syarikat penerbangan yang sentiasa berubah dan melengkapkan lapangan terbang untuk menyokong pertumbuhan mereka dengan sewajarnya.

"Tahun ini, KLIA menerima pesawat A380 dan kami telah mengambil inisiatif untuk menaik taraf KLIA beberapa tahun yang lalu untuk memenuhi keperluan operasi pesawat besar untuk menampung penumpang premium," katanya.

Bagi perjalanan tambang rendah, Malaysia Airports berkata trafik segmen ini terus berkembang dengan ketara dan menyumbang 50 peratus daripada jumlah trafik penumpang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan