Semua Permohonan Langat 2 Perlu Dirujuk Kepada MB Selangor

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan supaya kuasa meluluskan sebarang permohonan berkaitan pelaksaan Projek Langat 2 hendaklah dirujuk terus kepada pejabat Menteri Besar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua agensi kerajaan perlu merujuk terus permohonan projek Langat 2 kepada beliau.

Beliau berkata, agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Hutan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi yang berkaitan perlu merujuk terus sebarang permohonan berkenaan Projek Langat 2 kepadanya.

"Saya meminta PBT bersama beberapa Exco, iaitu Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Iskandar Ab Samad, Ronnie Liu untuk bertemu dengan rakyat bagi mencari penyelesaian masalah air termasuk membawa tangki-tangki air ke kawasan yang berhadapan dengan kekurangan bekalan air.

"Kerajaan negeri juga menyediakan talian bebas tol, 1 800 88 2824 untuk orang ramai mengadu mengenai masalah air," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah menyiapkan dokumen-dokumen untuk pengambilalihan pengurusan syarikat pemegang konsesi, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan negeri telah selesai menyediakan dokumen untuk ambilalih pengurusan Syabas dan pasukan yang mewakili kerajaan negeri bagi tujuan ini juga sudah bersiap sedia untuk menyertai pengurusan Syabas pada bila-bila masa bagi membaiki kelemahan," katanya.

Mengenai hasil laporan Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Abdul Khalid berkata, terdapat tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian agar rakyat tahu kedudukan sebenar.

(1) Keupayaan pengeluaran semua loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan Syabas, 4,371 liter sehari iaitu lebihan sebanyak, 436 juta liter sehari. Ini bermakna, Syabas beroperasi di bawah keupayaan sebenar.

(2) Projek Mitigasi 1 yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013 dapat meningkatkan pengeluaran air kepada 5,139 juta liter sehari iaitu penambahan 323 juta liter sehari atau lebihan 768 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan Syabas.

(3) Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan Syabas tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek Mitigasi siap sepenuhnya.

Abdul Khalid menjelaskan, penemuan-penemuan tersebut membuktikan Syabas gagal memenuhi tanggungjawab mereka sebagai pembekal air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Penswastaan Air 2004.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan