Kumpulan Pertama Tujuh Pelajar Malaysia Di Syria Tiba Di Tanah Air

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Syria seramai tujuh orang tiba di tanah air pada pukul 4.11 petang pada Rabu, lewat lebih sejam daripada yang dijadualkan.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini menerusi penerbangan Emirates EK346.

Mereka disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem.

Tujuh pelajar terbabit ialah Abdul Halim Mohammad Ghazali, 21; Mohd Luqman Saidin, 23; Muhammad Afifuddin Md Tahir, 23; Muhammad Hasan Hilmi Hassan Shukri, 21; Muhammad Othman Zawawi, 23; Muhammad Rusydi Ilhami Ahmad Fahmi, 22; dan Syed Abdul Rahman Syed Ramli, 14.

Kesemua mereka merupakan antara 138 rakyat Malaysia di Syria yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia.

Kerajaan sebelum ini memutuskan semua rakyat dan pelajar Malaysia di Syria dibawa pulang ke tanah air serta-merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di Timur Tengah berkenaan.

Urusan pemindahan rakyat dan pelajar Malaysia di Syria diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Malaysia di Damsyik.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan