Kedah Kuatkuasakan Larangan Umat Islam Ke Pusat Hiburan Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta semua pengusaha pusat hiburan di negeri ini mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri, khususnya sepanjang Ramadan ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap agensi berkaitan dapat menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi mengawal serta memastikan pengusaha pusat hiburan mematuhi segala peraturan.

"Kita dah bagi arahan macam biasa, tak boleh beroperasi pada malam Jumaat dan sepanjang bulan puasa, ini (terhad) kepada orang bukan Islam sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Rabu.

Bermula tahun lepas, Kedah menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 yang menegah orang Islam memasuki pusat hiburan di negeri ini sepanjang Ramadan.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata beliau menyerahkan kepada pegawai kewangan negeri untuk berbincang dengan pengurusan Underwater World Langkawi (UWWL) berhubung tunggakan cukai hiburan mereka yang mencecah RM5 juta. Beliau berkata, pihak pengurusan UWWL ada meminta untuk bertemu dengannya bagi membincangkan perkara itu dan ia dirujuk kepada pegawai kewangan negeri.

"Tak tahulah apa yang mereka nak bincang, tapi biarlah mereka selesaikan dengan pegawai kewangan negeri. "Kita negeri kecik dan miskin, kalau mereka tak bayar (hutang) macam mana?" katanya.

Baru-baru ini, Azizan mendedahkan kerajaan negeri menuntut tunggakan duti hiburan sejak 2009 daripada UWWL.

Beliau berkata, UWWL dikecualikan daripada membayar duti hiburan bagi tempoh 2004 hingga 2009, namun selepas tempoh itu berakhir, taman tema tersebut masih gagal membuat bayaran. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan