Gempa Di Sumatra: Gegaran Turut Dirasai Di P.Pinang

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gempa bumi yang menggegarkan Simeulue, Sumatera Utara, Indonesia pagi Rabu turut dirasai penduduk di negeri ini.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk terutama yang tinggal di pangsapuri, mengadu kediaman mereka bergegar selain mengalami rasa pening.

Manisah Hamid dari flat Taman Bukit Jambul berkata gegaran dirasai selama beberapa saat.

"Saya rasa pening dan lantai rumah macam bergegar tetapi sekejap sahaja," katanya yang tinggal di tingkat 12 flat tersebut, kepada Bernama.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini, berkata jabatan tersebut menerima tiga laporan gegaran daripada penduduk yang tinggal di Butterworth dan sekitar George Town.

Jabatan itu melaporkan gempa dengan kekuatan 6.6 pada skala Richter menggegarkan Simeulue pada pukul 8.27 pagi waktu Malaysia dan pusat gempa terletak 25 km dari tenggara Simeulue dan 547 km dari barat daya Lumut, Perak. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan