Bersyukur Dapat Beribadah Dalam Keadaan Aman: PM

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengingatkan umat Islam di negara ini supaya bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa dalam keadaan yang aman, selamat dan tanpa rasa takut.

Perdana Menteri berkata mereka tidak boleh mengambil mudah keamanan yang dikecapi hari ini, dan perlu mengambil iktibar dari negara Islam lain yang tidak mendapat nikmat yang sama.

"Bagi umat Islam, kita berasa bersyukur bahawa dalam bulan yang penuh kemuliaan dan kerahmatan Allah SWT, kita dapat lakukan ibadah dalam keadaan yang begitu selamat dan tenang tanpa rasa gentar dan takut.

"Inilah satu rahmat yang Allah telah beri kepada kita.

"Seperti mana yang kita tahu, satu demi satu negara Islam tidak melalui kenikmatan yang sama yang kita (rakyat Malaysia) anggap biasa... hingga kita tidak anggap ini (keamanan) sebagai satu rahmat yang harus disyukuri," katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri serta pelajar cemerlang daripada Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Perkayatim) di Dewan Besar Tabung Haji di sini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Perkayatim, dan Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, yang juga Yang Dipertua Perkayatim.

Menyentuh pergolakan yang berlaku di Syria, Najib berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Syria.

"Ini satu lagi iktibar yang kita boleh ambil sekiranya keamanan dan keselamatan tidak terpelihara. Apa akan jadi kepada kita?

"Mudah-mudahan keamanan dan perpaduan ini berpanjangan, berkat daripada perlakuan kita sebagai umat Islam yang cintakan keamanan dan keharmonian," katanya.

Mengenai kebajikan anak yatim, Najib berkata umat Islam hendaklah terus membantu golongan anak yatim kerana mereka mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah SWT.

Perdana Menteri turut mengingatkan anak yatim agar tidak menganggap kehilangan ibu bapa sebagai satu kekurangan.

"Ujian itu tinggi darjatnya di sisi Allah. Jadikan ini satu cabaran yang akan mencetuskan daya juang yang lebih tinggi di kalangan adik-adik sekalian," katanya.

Sejurus berbuka, Najib menunaikan solat Maghrib di Surau Tabung Haji sebelum menikmati makan malam dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim.

Perdana Menteri kemudian memotong kek ulang tahun ke-59 kelahirannya dengan disaksikan Rosmah dan anak yatim sambil diiringi nyanyian 'Allah Selamatkan Kamu'.

Mereka berdua turut menunaikan solat Isyak serta Tarawih bersama anak yatim dan para jemputan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan