Bekalan Beras Mencukupi Menjelang Aidilfitri : Bernas

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkata bekalan beras mencukupi sempena perayaan Aidilfitri dan tidak timbul isu kekurangan beras semasa musim perayaan ini.

Pengarah Urusan Bernas Datuk Bakry Hamzah berkata kebiasaannya permintaan beras kira-kira 3,000 hingga 4,000 tan metrik dan jumlah berkenaan telah digandakan pada musim perayaan ini pada kadar harga yang sama.

"Kita mempunyai lebih kurang 10,000 tan metrik beras di Semenanjung Malaysia, sebanyak 1,500 tan metrik di Sabah dan 1,800 tan metrik di Sarawak," kata beliau.

Bagaimanapun beliau berkata Malaysia masih lagi mengimport beras pulut dari luar negara iaitu dari Thailand dan Vietnam bagi memenuhi permintaan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pengagihan bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, Bakry berkata pengeluaran beras nasional masih berada pada tahap yang sama iaitu sebanyak 70 peratus dan 30 peratus beras adalah diimport.

"Buat masa ini Malaysia mempunyai lebih kurang 500,000 tan metrik beras (stok) dan jumlah ini mampu menanggung permintaan orang ramai selama enam bulan," kata beliau.

Program pada Selasa, yang merupakan tahun keempat Bernas bekerjasama sebagai penaja bersama, adalah sebahagian inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bernas, 'Secupak Budi, Sepenuh Hati'.

Sebanyak 7,500 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar Kampung Baru dan Kuala Lumpur dan syarikat juga turut memberi sumbangan kepada tiga rumah anak yatim. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan