AirAsia Bawa 8.2 Juta Penumpang Apr-Jun

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan AirAsia Bhd mengumumkan bahawa mereka telah membawa sejumlah 8.285 juta penumpang dalam suku kedua 2012 (2Q12) - meningkat 13 peratus berbanding 7.347 juta yang dicatatkan tahun lepas.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, bahawa kapasitinya juga meningkat sebanyak 13 peratus kepada 10.46 juta tempat duduk daripada 9.22 juta tempat duduk pada 2011.

Faktor bebanan ialah 79 peratus berbanding 80 peratus dan bilangan pesawat meningkat kepada 100 daripada 93 sebelumnya.

Mengenai operasinya di Malaysia, Malaysia AirAsia (MAA) mencatat faktor bebanan sebanyak 80 peratus dalam suku kedua 2012 berbanding 81 peratus tahun lepas.

Syarikat itu memperteguh kedudukan penerajunya dalam pasaran domestik dan antarabangsa dengan menambah kekerapan dalam laluan Kuala Lumpur (KL)-Terengganu, KL-Langkawi, KL-Vientiane, Langkawi-Singapura dan KL-Saigon dengan menggunakan sebuah pesawat baharu yang dihantar pada akhir Mei 2012.

Sementara itu, Thai AirAsia (TAA) mencatatkan faktor bebanan 79 peratus, dengan membawa 1.9 juta penumpang lagi suku berkenaan, yang merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus tahun ke tahun.

Kenaikan ini disokong melalui kapasiti yang dipertingkat sebanyak 19 peratus bagi laluan baharu Chiang Mai-Macau dan kekerapan tambahan bagi laluan baharu Bangkok-Trang bagi suku berkenaan.

Indonesia AirAsia (IAA) mencatatkan faktor bebanan sebanyak 78 peratus, meningkat 2.0 peratus secara perbandingan tahun ke tahun disebabkan oleh pertambahan kapasiti dan permintaan penumpang yang kukuh.

Penumpang yang dibawa meningkat sebanyak 15 peratus seiringan peningkatan kapasiti sebanyak 12 peratus tahun ke tahun.

Dalam suku ke-2 1012, IAA memperkukuh habnya dengan pengenalan laluan Bandung-Penang, Bandung-Pekanbaru dan Denpasar-Yogyakarta.

IAA juga menambah kekerapan bagi laluan Bandung-KL dan Denpasar-Surabaya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan