58 Pelajar Malaysia Di Syria Dipindah Ke Beirut Sebelum Terbang Ke Tanah Air

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 58 pelajar Malaysia di Syria, negara yang menyaksikan pergolakan yang semakin meruncing, dijangka dipindahkan ke Beirut, Lubnan pada Rabu melalui jalan darat dan seterusnya berlepas ke Malaysia melalui penerbangan komersil pada hari sama.

Kementerian Luar berkata ini kerana Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik tidak dapat memperoleh tiket penerbangan dari Damsyik ke Dubai untuk kumpulan pelajar itu.

"Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik dan Beirut sedang menguruskan urusan penerbangan pelajar-pelajar itu," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan membuat keputusan membawa pulang pelajar dan ekspatriat warga Malaysia di Syria dengan serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu.

Selain itu, kerajaan mengambil keputusan menutup kedutaan Malaysia di Syria atas sebab keselamatan.

Kumpulan pertama pelajar Malaysia seramai tujuh orang akan tiba di tanah air seperti dijadualkan pada Rabu.

Kumpulan kedua seramai 43 pelajar pula akan dipindahkan dari Damsyik pada 5.45 petang waktu tempatan Rabu dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.55 petang Khamis melalui penerbangan Emirates EK346.

"Terdapat tambahan 10 pelajar berbanding jumlah terdahulu seramai 33 orang dalam kumpulan ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan