Timbalan Presiden UPKO Letak Jawatan Sebagai Pengerusi BN Tuaran

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tuaran.

Dalam satu kenyataan lewat Isnin, Bumburing berkata: “Saya telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran P170 berkuat kuasa 23 Julai 2012.”

Beliau berkata surat peletakkan jawatannya telah difakskan kepada Setiausaha Agung BN di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur dan salinan surat tersebut turut difakskan kepada pejabat BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Bumburing tidak menjelaskan sebab peletekkan jawatannya, walaupun dalam surat tersebut beliau meminta pemimpin daripada parti komponen BN yang lain mengambil alih tugasnya sebagai Pengerusi BN bahagian Tuaran bagi memperkuatkan jentera pada pilihan raya umum akan datang.

Sejak enam bulan lalu, terdapat spekulasi mengatakan Ahli Parlimen Tuaran itu akan melompat parti dan menyertai PKR bersama-sama seorang lagi pemimpin Ahli Parlimen daripada Beaufort, Datuk Lajim Ukin daripada parti Umno

“Saya alam membuat satu pengumuman penting mengenai hala tuju dan masa depan perjuangan politik dalam satu perjumpan khas di Dalit, Tuaran Ahad ini pada pukul 1 petang,” kata Bumburing yang tidak menunjukkan jika dia ingin meletakkan jawatan dari UPKO.

Bumburing, 60, telah meminta mereka yang ‘tidak sibuk dan mempunyai masa’ untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan