SPRM Tak Perlu Tunggu 10 Tahun Untuk Bukti Keberkesanan

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk membuktikan keberkesanan menangani rasuah di negara ini, kata Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Beliau berkata sebagai rujukan, badan pencegah rasuah yang paling terkenal di dunia seperti Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong juga memerlukan sekitar 10 tahun sebelum membuktikan kejayaan dan keberkesanan operasi mereka.

"Saya rasa kita tidak perlu ambil masa sampai begitu lama untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah agensi anti rasuah yang berkesan. Rakyat hanya perlu memberi sokongan moral kepada SPRM sekarang," katanya di dalam entri terbaru blognya.

Abdul Rahman, yang dilantik untuk penggal kedua sebagai anggota jawatankuasa berkenaan berkata sepanjang penggal pertama, beliau mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai perjalanan SPRM dan fenomena rasuah di negara ini.

Antara cadangan lain yang masih dalam perhatian kerajaan ialah memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM tanpa perlu melalui Peguam Negara dan cadangan meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen secara langsung dan bukannya Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, bagi menurunkan kuasa mendakwa kepada SPRM tanpa melalui Peguam Negara memerlukan pindaan perlembagaan dan untuk diluluskan di Parlimen sekurang-kurangnya dua pertiga undi anggota Parlimen mesti menyokong usul tersebut.

"Saya sebenarnya agak risau dengan cadangan ini kerana walaupun nampak ianya baik kerana tidak perlu kebenaran Peguam Negara, namun ianya melanggar prinsip pengasingan fungsi menyiasat dan menuduh seperti dalam sistem kehakiman kita di mana polis menyiasat, Peguam Negara menuduh dan hakim mengadili," katanya.

Katanya, sekiranya sesebuah agensi itu mempunyai kuasa untuk menyiasat dan menuduh, kemungkinan salah guna kuasa boleh berlaku kerana ketiadaan "check and balance" (mengawasi dan menegur) selain kemungkinan berlaku penganiayaan adalah tinggi terutamanya jika SPRM diketuai oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agendanya tersendiri.

Beliau juga kurang yakin dengan cadangan meletakkan SPRM di bawah Parlimen untuk jalan terbaik memperkasa SPRM kerana alasan anggota-anggota dewan baik di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri akan mengundi mengikut arahan parti masing-masing.

"Maknanya, jika SPRM diletakkan dalam Parlimen sekarang, sudah tentu pengundian akan memihak kepada BN kerana BN mempunyai majoriti. Dan saya pasti jika sekiranya pembangkang menang pilihan raya ke-13 nanti, anggota Parlimen mereka juga akan mengundi mengikut arahan parti mereka.

"Oleh sebab itu, tidak ada jaminan SPRM akan bebas jika diletakkan di bawah seliaan Parlimen. Oleh sebab itu, pandangan mereka yang mengatakan SPRM akan lebih telus dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak jika diletakkan di bawah seliaan Parlimen mungkin tidak tercapai," katanya.

Pada 17 Julai lepas, Abdul Rahman menerima surat cara pelantikan dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi menganggotai jawatankuasa berkenaan, termasuk individu lain yang turut dilantik ialah terdiri dari kalangan anggota Parlimen BN dan pembangkang.

Antaranya ialah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Datuk Ismail Mutallib (BN-Maran), Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Datuk Doris Sophia Brodi (BN Senator/Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara) dan Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau).

Pelantikan itu mendapat perkenan daripada Tuanku Abdul Halim pada 23 April 2012 selaras dengan peruntukan Seksyen 14(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pelantikan berkenaan adalah bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 25 Februari 2012 hingga 24 Februari 2015. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan