Sikap Takut Hubungi Polis Sukarkan Bantuan Lebih Cekap Ketika Kecemasan: Marah

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap segelintir masyarakat yang takut untuk menghubungi pihak polis menyebabkan kes kecemasan terutama jenayah sukar mendapatkan bantuan lebih cekap.

Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Malaysians Against Rape, Assault and Snatch (Marah), Dave Avran berkata, pusat panggilan kecemasan sememangnya sudah sedia cekap tetapi masalah yang sebenar adalah ketakutan masyarakat sendiri.

"Apabila anda melihat sesuatu (kecemasan) berlaku, anda enggan menghubungi polis dan anda sebenarnya tahu (tindakan yang sepatutnya dilakukan).

"Kita seharusnya membantu orang lain yang dalam kesusahan. Begitu juga apabila kita mengalami kesusahan, kita berharap orang lain akan membantu.

"Oleh itu, masyarakat perlu prihatin antara satu sama lain. Janganlah takut untuk menghubungi polis. Biarlah lakukan untuk keselamatan daripada hanya berkata 'maaf'," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi pusat panggilan kecemasan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur di sini, Selasa.

Dave menjadikan contoh kes di Pulau Pinang baru-baru ini yang dialami oleh seorang mangsa ragut, Tan Kim Chuan yang cedera di bahagian kepala sehingga meninggal dunia sembilan jam kemudian di hospital.

"Tujuh orang telah berjalan sambil melihat mangsa tetapi tiada siapa yang peduli," katanya.

Kejadian yang berlaku di kawasan rumah pangsa Rifle Range di Pulau Pinang pada 10 Julai lalu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa yang cedera terbaring di jalan selama kira-kira tujuh minit.

Dalam pada itu, Dave berkata, selain talian kecemasan 999, orang ramai juga boleh menghubungi tiga nombor lain yang dihubungkan terus ke pusat panggilan, dan responnya adalah lebih pantas.

Katanya, nombor berkenaan ialah talian hotline Polis Kuala Lumpur, 03-2115999, Polis Selangor 03-20529999 dan Polis Bukit Aman 03-20319999.

"Saya diberitahu bahawa tempoh respon menerusi talian ke tiga nombor ini adalah purata antara lapan ke sembilan minit.

"Nombor (talian) 999 masih lagi relevan kerana nombor itu yang pertama difikirkan oleh orang ramai apabila berlaku kecemasan. Apa yang penting masyarakat jangan takut menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Beliau menambah, selain membuat panggilan, orang ramai juga boleh menggunakan 'My Distress' (aplikasi isyarat jenayah di telefon pintar) bagi mendapatkan bantuan polis semasa kecemasan.

Marah yang ditubuhkan pada 1 Julai lalu merupakan NGO yang berperanan melobi demi keselamatan rakyat Malaysia terutama golongan wanita.

Ia mengadakan kempen untuk jalanan dan tempat letak kereta lebih selamat serta hak untuk selamat di dalam dan luar rumah.

Pada masa ini, pertubuhan itu mengadakan petisyen untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor dalam usaha bekerjasama untuk mencapai objektif kempen keselamatan.

Setakat berita ini ditulis, seramai 5,115 orang telah menandatangani petisyen dan Marah menyasarkan sebanyak 100,000 petisyen di laman sosial Facebook dengan nama M A R A H (jarak untuk setiap huruf).

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan