Kerajaan P. Pinang Didakwa Putar Belit Fakta Penjualan Tanah

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Selasa mendakwa kerajaan negeri telah memutar-belit fakta dan menipu rakyat berhubung penjualan tanah di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin di sini kepada sebuah syarikat swasta bagi pembinaan hospital swasta.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow mendakwa kerajaan negeri pimpinan DAP itu didapati mereka cerita untuk menyembunyikan fakta sebenar dengan mengatakan permohonan lesen untuk pembinaan hospital swasta itu telah ditolak oleh Kementerian Kesihatan pada 22 Oktober 2010.

Bagaimanapun, beliau berkata rekod yang diperoleh daripada One Stop Centre (OSC) menunjukkan syarikat swasta, Kuala Lumpur International Dental Corporation Sdn Bhd, telah mengemukakan pelan perancangan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 23 Disember, 2011.

"Tidak masuk akal kalau pemaju masih mahu mengemukakan pelan perancangan jika permohonan lesen mereka ditolak satu tahun lebih awal daripada tarikh mereka mengemukakan permohonan merancang. "Kenapa kerajaan negeri apabila isu ini pertama kali dibangkitkan tidak mendedahkan bahawa permohonan lesen daripada Kementerian Kesihatan telah ditolak pada 22 Okt 2010? Jika kita tidak mendedahkan perkara ini, masyarakat umum masih lagi berada dalam kegelapan," katanya pada sidang media.

Pada Jun lepas, BN negeri mendedahkan tanah seluas 0.45 hektar yang sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua itu dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat tempat letak kereta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini berkata kononnya tanah itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan.

Teng mendakwa beliau juga mendapat maklumat daripada pejabat Menteri Kesihatan yang mengesahkan bahawa lesen untuk pembinaan hospital itu telah diluluskan kepada Victoria Specialist Hospital iaitu hospital kepunyaan Kuala Lumpur International Dental Corporation Sdn Bhd.

"Unit Perancang Ekonomi Pulau Pinang telah dimaklumkan mengenai kelulusan tersebut pada 5 Jun 2012. Macam mana kerajaan negeri mengatakan pelan ini telah ditolak. Kita dapati kerajaan negeri memutar belit dan mereka cipta cerita untuk menyembunyikan perkara-perkara yang masih tersirat," katanya.

Beliau berkata dakwaan kerajaan negeri bahawa Kementerian Kesihatan tidak meluluskan pembinaan mana-mana hospital swasta di Pulau Pinang selepas pakatan pembangkang mengambil alih negeri itu, adalah tidak benar.

Teng berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, Kementerian Kesihatan telah meluluskan sebanyak lima projek pembinaan hospital swasta di Pulau Pinang iaitu di Jalan Kedah, Kepala Batas pada 2008, Jalan Perda Utama, Bandar Perda (2008), Jalan Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya Sungai Jawi (2011), Jalan Masjid Negeri (2011) dan Jalan Zainal Abidin (2012).

Katanya kesemua maklumat yang diperoleh jelas menunjukkan terdapat usaha oleh kerajaan negeri menyembunyikan fakta yang sebenar dengan memutar-belit fakta.

Beliau berkata BN negeri tidak akan berhenti untuk meneruskan usahanya dalam mendedahkan fakta sebenar apabila lebih banyak bukti akan didedahkan kelak. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan