Kerajaan Keluarkan Tender Untuk Projek Langat 2 Bulan Depan - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan akan meneruskan dan mengeluarkan tender bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 menjelang bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, jawatankuasa itu telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji peruntukan undang-undang bagi mempercepatkan projek bernilai RM8.65 bilion itu diteruskan sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri untuk memulakan pembinaan.

“Keadaan (bekalan air) kini kritikal. Jawatankuasa ini berpendapat bahawa kita mesti meneruskan Langat 2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa itu di sini.

Beliau turut berkata, kerajaan negeri Selangor tidak terus dengan rancangannya untuk mengambil alih pemegang konsesi air Syabas kerana isu-isu substantif dan prosedur.

Muhyiddin berkata, mereka dinasihatkan bahawa rancangan kerajaan negeri tidak boleh dipertimbangkan kerana tidak memenuhi beberapa terma yang digariskan dalam perjanjian konsesi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan