BN Sabah Belum Terima Surat Peletakan Jawatan Bumburing

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah masih belum menerima laporan berhubung peletakan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai Pengerusi BN Tuaran, Isnin.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Musa Aman berkata beliau belum menerima sebarang laporan mahupun surat peletakan jawatan itu kerana berada di Kuala Lumpur.

"...yang penting usaha kita untuk menolong dan membantu rakyat khususnya yang tinggal di luar bandar, itu yang kita mesti utamakan iaitu pembangunan yang mahu kita bawa di setiap pelusuk negeri Sabah.

"Jadi saya minta kawan-kawan, rakan-rakan semua daripada BN dan Umno supaya terus mengeratkan lagi kerjasama supaya apa jua program, projek yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan baik untuk memberi manfaat maksimum kepada seluruh rakyat negeri Sabah," katanya.

Musa ditemui pemberita selepas mewakili Perdana Menteri dan isteri menyerahkan air zam-zam, buah kurma dan jubah kepada masjid-masjid dan imam sempena bulan Ramadan di sini, Selasa.

Sehubungan itu, Musa meminta semua jentera pilihan raya BN supaya terus bekerjasama dan bersiapsiaga bagi memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Tuaran Datuk Hajiji Noor menyifatkan peletakan jawatan Bumburing bersifat peribadi dan Umno Tuaran akan terus bekerja keras untuk mempertahankan kawasan berkenaan.

"Saya belum berjumpa dengan dia, apa pun itu adalah keputusan peribadi beliau dan kita kena hormat. Kita tunggu perkembangan selanjutnya tapi saya ingin menyatakan bahawa BN Tuaran akan terus kita perkuatkan," katanya.

Pada Isnin, Bumburing dilaporkan berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju perjuangan politiknya pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran pada pukul 1 petang, Ahad ini.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan