Selangor Tidak Boleh Ambil Alih Operasi Syabas - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri Selangor tidak boleh meneruskan rancangannya untuk mengambil alih operasi syarikat konsesi air Syabas kerana isu-isu substantif dan prosedur, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet pertama mengenai masalah air di Selangor berkata, mereka dinasihatkan bahawa rancangan kerajaan negeri tidak boleh dipertimbangkan kerana tidak memenuhi beberapa terma yang digariskan dalam perjanjian konsesi.

Timbalan Perdana Menteri turut berkata, Kerajaan Persekutuan akan meneruskan dan mengeluarkan tender bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 menjelang bulan depan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji peruntukan undang-undang bagi mempercepatkan projek bernilai RM8.65 bilion itu diteruskan sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri untuk memulakan pembinaan.

“Keadaan (bekalan air) kini kritikal. Jawatankuasa ini berpendapat bahawa kita mesti meneruskan Langat 2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa itu di sini.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan