Selangor Tetap Dengan Keputusan Ambil Alih Pengurusan Air Dari Syabas - Berita Semasa | mStar

Selangor Tetap Dengan Keputusan Ambil Alih Pengurusan Air Dari Syabas

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan rancangannya untuk mengambil alih pengurusan air daripada syarikat konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata exconya Dr Xavier Jayakumar.

Untuk menamatkan krisis air antaran kerajaan pusat dan negeri, Dr Xavier berkata kerajaan negeri Pakatan juga bersedia mengadakan referendum di mana rakyat negeri itu boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kami bersedia jika perlu untuk mengadakan referendum di mana rakyat boleh mengundi dan mempunyai hak untuk bersuara sama ada menerima atau menolak niat kerajaan negeri untuk mengambil alih Syabas," katanya pada sidang media selepas melawat Loji Sg Semenyih di sini Isnin.

Turut hadir, Pengurus Besar (Operasi) loji itu, Basar Ishak.

Dr Xavier berkata loji itu yang dimiliki dan diuruskan oleh ABBAS (Konsortium ABBAS Sdn Bhd, 50 peratus dimiliki Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, kerajaan negeri Selangor) mempunyai kapasiti pengeluaran 546 juta liter sehari tetapi pada masa ini mengeluarkan 665 juta liter sehari.

Beliau berkata kerajaan negeri memohon RM225 juta daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan projek mitigasi air (menyediakan infrastruktur yang perlu) melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), tetapi kelulusannya masih belum diperoleh.

"Kerajaan Selangor bersedia mengeluarkan dana sendiri untuk melaksanakan projek mitigasi ini yang mana ia adalah di bawah tanggungjawab kerajaan pusat bagi memastikan rakyat Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi," katanya.

Katanya kerajaan negeri juga bersedia memperuntukkan perbelanjaan tambahan RM200 hingga RM300 juta untuk menaik taraf kemudahan itu menggunakan teknologi 'membrane water filter' untuk membekalkan air yang dirawat tanpa gangguan kepada bekalan sedia ada.

Dr Xavier berkata penstrukturan semula industri air di negeri itu harus disegerakan memandangkan Syabas, menurut beliau, gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan