NGO Minta Kerajaan Selangor Akur Bina Langat 2

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor diminta tidak terus berdolak-dalik sebaliknya akur dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Malah Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mengetepikan masalah yang wujud antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) demi kepentingan rakyat.

"Isu kerajaan negeri dengan Syabas tidak sepatutnya dijadikan alasan yang akhirnya akan menjejaskan hak rakyat untuk mendapatkan air bersih.

"Kita harap sangat agar kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Pusat agar pembinaan Langat 2 dapat disegerakan memandangkan krisis bekalan air bersih mula berlaku di negeri ini," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan yang menolak permohonan kerajaan Selangor bagi mengambil alih pengurusan Syabas dan mengarahkan Peguam Negara mengkaji undang-undang agar projek pembinaan Langat 2 dapat diteruskan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Air Negeri Selangor berkata Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan tender pembinaan Langat 2 menjelang bulan depan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji peruntukan undang-undang bagi mempercepatkan projek bernilai RM8.65 bilion itu diteruskan sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri untuk memulakan pembinaan.

Mengulas lanjut Sohaimi berkata pihaknya menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Langat 2 kerana ia berupaya memberi manfaat kepada rakyat.

"Nampaknya kerajaan Pusat memahami isu atau situasi mengenai krisis air yang berlaku di Selangor. Kerajaan faham jika projek ini tidak diteruskan, rakyat Selangor akan menjadi mangsa kepada sikap kerajaan negeri yang sengaja mempolitikkan isu ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan