MTUC Mahu Umur Persaraan 60 Tahun Dilaksana Serta-Merta

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Ahad menggesa sektor swasta melanjutkan dengan segera umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun, tanpa menunggu undang-undang mengenainya dilaksanakan.

Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 tahun dan rang undang-undang mengenainya diluluskan Dewan Negara baru-baru ini, kata naib presiden MTUC A. Balasubramaniam.

Beliau berkata, oleh kerana rang undang-undang itu akan mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk diwarta dan dilaksanakan, maka dalam tempoh berkenaan, beribu-ribu pekerja yang mencapai usia persaraan wajib 55 tahun, sudah bersara.

"MTUC amat prihatin terhadap nasib kumpulan ini apabila ramai daripada mereka menghubungi kongres ini untuk menyatakan harapan agar mereka diambil kembali bekerja kerana mereka masih cukup sihat dan mampu untuk terus bekerja.

"Lagipun, para pekerja ini memikul tanggungjawab yang amat berat kerana belum melangsaikan pinjaman perumahan, perlu menyelesaikan bayaran insurans serta bil perubatan dan menyara pendidikan anak-anak," katanya kepada Bernama.

Mengikut Rang Undang-undang Umur Prsaraan Minimum 2012 yang diluluskan Parlimen baru-baru ini, umur persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta dinaikkan kepada 60 tahun dan seseorang majikan tidak boleh memaksa pekerjanya bersara sebelum dia mencapai usia persaraan minimum. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan