Kumpulan Pertama Tujuh Pelajar Malaysia Di Syria Tiba Rabu - Anifah

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama seramai tujuh pelajar Malaysia di Syria yang dibawa pulang berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu, dijangka tiba di tanah air Rabu ini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata mereka akan berlepas dari ibu negara Syria, Damsyik, pada 5.45 petang waktu tempatan Selasa dan dijangka tiba di tanah air, 2.55 petang Rabu, melalui penerbangan Emirates EK346.

Kumpulan kedua seramai 33 pelajar Malaysia akan berlepas pada 5.45 petang waktu tempatan pada Rabu dan dijangka tiba 2.55 petang Khamis, juga melalui penerbangan Emirates.

"Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik sedang berusaha memastikan semua pelajar dapat dipindahkan dengan segera," kata Anifah dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bilik Operasi kementerian yang dibuka 24 jam boleh dihubungi di talian 03-8889 2746, 8887 4570, 8887 4770, 8889 2809, 019-315 4080, 019-341 4080 dan 019-278 4556.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan membuat keputusan membawa pulang pelajar dan ekspatriat warga Malaysia di Syria dengan serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu.

Selain itu, kedutaan Malaysia di Syria akan ditutup dengan semua kakitangan termasuk duta diarah pulang ke tanah air atas sebab keselamatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan