Akupunktur Mungkin Diguna Kurangkan Sakit Semasa Pembedahan

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Akupunktur mungkin memainkan peranan dalam mengurangkan kesakitan semasa pembedahan pada masa akan datang apabila lebih ramai pakar akan dilatih untuk mahir dalam bidang itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Idea itu timbul berikutan pembedahan kecil untuk membuang nodul tiroid daripada pesakit berjaya dilakukan dengan hanya menggunakan akupunktur dan bius yang diiktiraf di Hospital Raja Permaisuri Bainun (RPBH) di Ipoh pada bulan lepas.

“Ia merupakan kejayaan besar,” kata Menteri Kesihatan, sambil menambah bahawa terdapat lebih ramai pakai bedah diperlukan untuk dilatih untuk menjalani prosedur berkenaan sebelum ia boleh diperkenalkan di hospital lain.

Ketua Jabatan Pembedahan dan Ketua Pakar Pembedahan Payu Dara dan Endokrin Hospital Putrajaya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan bius akupunktur di RPBH merupakan yang pertama di Malaysia.

Dr Hisham, yang menjalankan pembedahan itu berkata, jarum yang dimasukkan pada beberapa titik akupunktur di leher dan sekitar pergelangan tangan pesakit, dan arus elektrik yang ringan telah membuatkan pesakit berasa kebas sepanjang pembedahan.

“Pembedahan itu mengambil masa 35 minit dan tiada ubat-ubatan lain digunakan selain satu dos kecil daripada bisu tempatan untuk menyekat penguncupan otot,” kata beliau dalam satu temu ramah di sini.

“Pembedahan tersebut berjalan lancar dan pesakit itu sedar – sebelum, semasa dan selepas pembedahan,” katanya sambil menambah bahawa pesakit lelaki berusia 65 tahun itu boleh bercakap dengan Liow menerusi panggilan video kira-kira sejam selepas pembedahan.

Dan, selepas empat jam pembedahan, pesakit itu dibenarkan keluar dari hospital.

Dr Hisham berkata, pembedahan seumpama itu sebelum ini dijalankan ke atas psakit yang diberikan bius biasa sebelum bius tempatan diberikan sejak beberapa tahun.

“Ia bukan untuk menggantikan cara tradisional dalam perubatan ‘Barat’ tetapi ia sekadar tambahan kepada perkhidmatan pembedahan ‘armamentarium’ untuk pesakit,” tambahnya.

Namun, Dr Hisham berkata, bius akupunktur adalah selaras dengan konsep hospital bebas sakit yang diperkenalkan oleh kementerian pada Disember lalu.

“Hospital bebas sakit menggalakkan prosedur serangan yang minimum, optimum atau analgesia yang cukup dan akupunktur bertujuan untuk mengawal kesakitan lebih baik,” kata Dr Hisham.

“Pesakit juga boleh keluar dari hospital pada hari yang sama.”

Di China, bius secara akupunktur telah digunakan untuk pembedahan hati, otak dan payudara.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan