Kumpulan Pertama Rakyat Malaysia Di Syria Tiba Di Tanah Air Selasa Ini

Diterbitkan: Ahad, 22 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama rakyat Malaysia di Syria yang dibawa pulang oleh kerajaan berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu, dijangka tiba di tanah air Selasa ini.

Jurucakap Wisma Putra berkata, kumpulan pertama tersebut terdiri 50 orang termasuk pelajar akan dibawa balik menggunakan penerbangan khas.

"Maklumat lanjut proses pemindahan rakyat Malaysia di Syria ini akan diketahui selewat-lewatnya malam ini ataupun pagi esok," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Katanya, Kedutaan Besar Malaysia Syria yang berpusat di Damsyik sudahpun menghimpun semua rakyat Malaysia itu di kedutaan bagi menjamin keselamatan mereka.

Pemindahan rakyat Malaysia dari Syria itu diselaraskan oleh Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, kerajaan memutuskan bahawa semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Najib juga membenarkan Kedutaan Malaysia di Syria ditutup serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan.

Seramai 138 rakyat Malaysia terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Damsyik.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ATM telah bersiap-sedia untuk membantu membawa pulang rakyat Malaysia dari Syria itu.

"ATM sudah menerima arahan daripada MKN tetapi butiran pemindahan masih belum dapat dimaklumkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan