Kegiatan Pembalakan Di Gunung Inas Dihentikan Sejak Rabu

Diterbitkan: Ahad, 22 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada Ahad mengulangi kenyataan bahawa kegiatan pembalakan di hutan simpan Gunung Inas dekat Baling, Kedah dihentikan sejak Rabu lepas.

Pembalakan itu akan dihentikan sehingga laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) lengkap dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Menurut JAS, laporan EIA dikemukakan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam kegiatan pembalakan tetapi ia ditolak, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, EIA diperlukan untuk dua jenis pembukaan tanah seperti untuk kegiatan pembalakan atas tanah 500 hektar dan lebih manakala kes membabitkan pertukaran status penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek membabitkan kawasan lebih daripada 500 hektar.

Baru-baru ini media melaporkan kira-kira 5,000 hektar tanah di Baling dan Pedu dibuka sejak pertengahan 2011 bagi memberi jalan kepada skim Ladang Rakyat kerajaan negeri bagi penanaman getah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa kegiatan pembalakan di hutan simpan Pedu, Jeniang dan Baling dijalankan mengikut peraturan dan hasil jualan balak akan dipulangkan kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan