Sektor Korporat Terlibat Rasuah Boleh Disenarai Hitam - SPRM

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sektor korporat yang didapati terlibat dengan amalan rasuah atau sogokan boleh digantung serta disenarai hitam daripada menerima kontrak kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan berkata setakat ini terdapat beberapa entiti korporat dan perniagaan yang dikenakan tindakan itu.

"Ini membuktikan keseriusan SPRM dengan kerajaan dalam menangani masalah rasuah di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama Perbadanan Islam Johor Holding (PIJH) Sdn Bhd, di sini, Jumaat.

Katanya usaha membenteras rasuah memerlukan komitmen yang jitu dan berterusan daripada semua pihak termasuk warga korporat dan mesti diterjemahkan melalui kerjasama dua hala yang berstruktur dan berterusan.

Mengenai CIP, Sutinah berkata sehingga kini sebanyak 103 syarikat swasta dan kerajaan menyertai program itu yang diwujudkan untuk membentuk komitmen berterusan dan membudayakan amalan membenci rasuah dalam organisasi.

Beliau turut memuji PIJH kerana menjadi syarikat berkaitan kerajaan negeri pertama di negeri ini yang menyertai program tersebut dan menzahirkan komitmen mereka untuk mengukuhkan integriti dan memerangi rasuah.

Sementara itu Pengarah Urusan PIJH Rashid Sihes berkata pihaknya menandatangani CIP tersebut untuk menyokong program transformasi kerajaan bagi membanteras masalah rasuah di negara ini.

"Kami melihat CIP suatu dokumen yang dapat memantapkan nilai integriti warga PIJH supaya berada pada tahap optimum bagi mencapai objektif syarikat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan