Saya Belum Dapat Maklumat Wujud Pengaruh Pengganas Dalam Parti Politik - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini beliau tidak menerima maklumat wujudnya pengaruh pengganas dan bekas komunis meresapi mana-mana parti politik di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan melakukan risikan bagi mengesan sekiranya wujud perkara seperti itu.

"Setakat ini saya tiada terima maklumat hubungkait dengannya...jadi saya tidak boleh menyatakan ia benar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Jumaat.

Sebarang maklumat mengenai ancaman itu tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai, katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan polis bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umim akan datang.

Dalam syarahannya di Parlimen semalam, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Polis Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Hishammuddin berkata maklumat seperti itu cukup sensitif kerana ia mungkin datang daripada badan dan agensi keselamatan antarabangsa yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam sehingga ia disiasat dan diselesaikan.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta polis Selangor mengadakan sidang media mingguan bagi menyebarkan sebarang isu berbangkit termasuk kadar jenayah semasa di negeri itu.

Katanya, perkara itu perlu bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan mengetahui keadaan tahap jenayah sebenar yang berlaku di negeri itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan