Projek Lanjutan LRT Kelana Jaya Tidak Dibina Berhampiran Rumah Penduduk - Prasarana

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana), pengendali dan pemilik aset projek lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya memberi jaminan kepada penduduk Taman Subang Alam di Shah Alam bahawa tiada kerja dilakukan berhampiran rumah mereka.

Dalam satu kenyataan, ia menjelaskan kerja-kerja awal yang penduduk maksudkan seperti yang dilaporkan media bukan dilakukan di kawasan berkenaan.

Kerja-kerja adalah di kawasan Stesen 12 laluan cadangan berkenaan yang telah mendapat kelulusan dan kebenaran oleh kerajaan negeri Selangor.

"Prasarana hanya akan melakukan kerja selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa kerajaan negeri. Kami juga difahamkan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor telah melantik pemeriksa jurutera bebas bagi menjalankan kajian penilaian geoteknikal and geologikal," kata kenyataan itu.

Pembinaan di stesen berkenaan yang terletak antara Putra Heights dan Taman Subang Shah Alam dilaporkan mendatangkan kegusaran penduduk tentang keselamatan rumah mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan