Permuafakatan Jamin Proses Transformasi - PM

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permuafakatan di antara masyarakat setempat menjadi tonggak penting bagi memastikan kejayaan proses transformasi negara.

Perdana Menteri berkata hanya menerusi permuafakatan dan perpaduan yang kental yang ada dalam kalangan rakyat dapat mencapai matlamat perjuangan.

"Dalam konteks masyarakat di Kampung Ketapang ini, saya melihat kejayaan mengindahkan serta mengimarahkan Masjid An- Nur ini adalah hasil dari gotong royong oleh kira-kira 700 penduduk," katanya ketika berucap selepas menyampaikan sumbangan kepada 70 fakir orang fakir miskin, warga emas, anak yatim dan ibu tunggal sempena bulan Ramadan di Masjid An-Nur, Kampung Ketapang Hilir, di sini malam Jumaat.

Terdahulu, Najib yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna coklat muda dan berkain pelikat, tiba ke masjid pada kira-kira pukul 8.30 malam.

Beliau kemudian menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih pertama bersama kira-kira 500 penduduk Pekan di masjid berkenaan yang diketuai oleh Imam dua Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj Pekan, Mohd Lutfi Syahwan Muhd Bashir.

Pada majlis tersebut Najib juga berkesempatan bersalaman, bermesra dan menikmati hidangan moreh bersama jemaah yang hadir. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan