Kejayaan BN Tarik Golongan Muda Dorong PAS Guna Artis Berkempen

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS yang dahulu tidak mengemari golongan artis, kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) mendekati golongan muda, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada PAS.

Katanya dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. "Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya ketika diminta mengulas usaha PAS Kelantan membawa artis ke negeri itu untuk berkempen.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup dan menyampaikan hadiah kepada peserta Konvensyen 1Malaysia-Young Entrepreneur Challenge 2011/2012 di sini, Jumaat.

Beliau bekata BN sejak dahulu mesra dengan golongan artis kerana mereka mempunyai kemampuan mengeratkan hubungan parti itu dengan anak muda.

Katanya golongan artis bukan hanya terhad kepada pelakon dan penyanyi tetapi melibatkan pengamal dikir barat, Mak Yong, pesilat serta ahli tomoi dan budayawan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan