SPR Sentiasa Kemas Kini Daftar Pemilih

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa mengemas kini Daftar Pemilih dan memastikan nama mereka yang telah meninggal dunia dipotong daripada senarai.

SPR dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata sepanjang 2011 sebanyak 68,561 nama dipotong, manakala untuk suku pertama tahun ini sebanyak 18,412 nama.

Bagi suku kedua tahun ini, sebanyak 9,373 nama ditanda untuk pemotongan namun SPR masih belum berbuat demikian kerana Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua itu sedang dipamer bermula semalam hingga 31 Ogos ini.

SPR juga menegaskan badan itu bergantung kepada rekod kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang diterima secara bulanan.

JPN adalah pihak yang berwajib untuk mengemas kini rekod kelahiran dan kematian di negara ini dan SPR hanya memotong nama pemilih selepas mendapat pengesahan daripada JPN, kata kenyataan itu. SPR mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua yang dilapor akhbar Suara Keadilan sebagai berkata agensi itu gagal mengeluarkan nama pemilih yang telah meninggal daripada Daftar Pemilih.

SPR turut menyifatkan dakwaan Tian Chua bahawa identiti pengundi yang meninggal dunia itu diguna oleh pengundi hantu sebagai tohmahan semata-mata.

"Ini kerana sehingga ke hari ini perkara itu tidak pernah dibuktikan dalam mana-mana pilihan raya baik pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil," kata kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan