Selangor Serah Memo Untuk Ambil Alih Operasi Syabas Kepada KeTTHA

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Selangor pada Khamis menyerahkan memorandum kepada kerajaan Persekutuan berhubung tindakan mereka ingin mengambil alih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di negeri itu.

Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu menyerahkan memorandum tersebbut kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini, pada Khamis.

Mereka menegaskan bahawa adalah lebih baik untuk kerajaan negeri Selangor mengambil alih daripada Syabas kerana mereka mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.

Dr Xavier berkata perjanian konsesi yang ditandatangani oleh kerajaan Persekutuan dan Syabas turut memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk campur tangan pada bila masa sekiranya Syabas gagal memberi perkhidmatan sehingga tempoh perjanjian tersebut berakhir.

“Syabas telah melanggar beberapa syarat sehingga sekarang, jadi kami membuat keputusan untuk bertindak di bawah fasal 32 perjanjian konsesi, di mana kerajaan negeri boleh mengambil alih pengurusan Syabas bagi memperbaiki perkhidmatan dan industri air di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil kanan kementerian tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan