Saham FGVH Dikawal Rakyat - PM

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata majoriti saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dimiliki rakyat negara ini.

Beliau berkata majoriti saham itu diberikan kepada para peneroka dan badan-badan amanah di negara ini.

"Majoriti kita beri kepada peneroka dan badan-badan amanah kewangan tertentu seperti Tabung Haji, EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni Felda (Kasih Felda) di Padang Piol, dekat sini, Jumaat.

Najib berkata pemegangan saham itu bererti majoritinya dimiliki rakyat negara ini.

"Jadi daripada situ keuntungan FGVH akan memberi manafaat kepada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata kerajaan pusat juga memberikan saham FGVH kepada kerajaan negeri seperti kepada Pahang dengan dana berjumlah RM250 juta dan Sabah sebanyak RM200 juta.

"Kita beri keutamaan kepada negeri-negeri yang sediakan tanah kepada kerajaan (untuk program rancangan tanah Felda)," katanya.

Najib berkata hasil yang diperoleh Felda termasuk menerusi penyenaraian itu juga akhirnya bukan sahaja memberi manafaat kepada para peneroka tetapi juga kepada masyarakat keseluruhan di negara ini.

"Terbaru, program Kasih Felda ini, yang bakal memberi manfaat kepada 12,000 isi keluarga," katanya.

Program berkenaan bertujuan membaikpulih rumah masyarakat luar terutamanya yang menetap berhampiran kawasan Felda.

Program itu memperuntuk RM5,000 bagi satu keluarga untuk membaikpulih rumah mereka dan bagi fasa pertama ia melibatkan 4,000 isi keluarga melibatkan kos RM20 juta.

Najib berkata para peneroka berhak memperoleh nikmat yang dimiliki ketika ini atas segala pergorbanan mereka membangunkan kawasan rancangan tanah itu.

"Kita (rakyat Malaysia) juga berkongsi kekayaan dan mereka (peneroka) mendapat rahmat kerana mereka telah berjuang gigih selama lebih setengah abad, perjalanan mereka lama, mereka tabah, cekal, disiplin, dan hari ini mereka berhak mengaut keuntungan itu," kataya.

Terdahulu ketika berucap, Najib berkata pelbagai tohmahan dilemparkan, sebelum penyenaraiaan FGVH, yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab seperti mendakwa Felda bankrap dan sebagainya.

"Kalau Felda bankrap, bagaimana nak senaraikan di Bursa Malaysia? Perdana Menteri Qatar pun nak saham FGVH, saya tanya: Berapa nak?, dia kata sebanyak mana yang saya boleh berikan kepadanya," katanya.

Beliau berkata jika orang luar dan syarikat-syarikat luar berebut-rebut untuk memiliki saham Felda, para peneroka sepatutnya bersyukur kerana mereka diberikan begitu sahaja saham berkenaan oleh Felda apabila penyenaraian itu dibuat.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan