Pendaftaran Rakyat Malaysia Di Luar Negara Sebagai Pengundi Dingin - SPR

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sambutan dingin daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi pos.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hingga suku pertama 2012, hanya 2,433 rakyat Malaysia yang berada di luar negara didaftarkan dan layak mengundi secara pos walaupun dianggarkan jumlah pengundi kategori itu adalah lebih besar.

Menurut beliau angka berkenaan terlalu kecil walaupun suruhanhaya itu melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan golongan berkenaan diberikan hak sebagai pengundi.

"Walaupun kita telah melakukan pelbagai langkah terutamanya bagi memudahkan proses pendaftaran sebagai pengundi, namun sambutan yang kita terima sangat dingin.

"Ini begitu berbeza dengan gesaan sesetengah pihak mengenai jumlah rakyat Malaysia yang berada di luar negara supaya didaftarkan sebagai pengundi," katanya pada sesi taklimat semasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik di sini, Khamis.

Sehingga kini hanya pelajar dan pegawai kerajaan serta pasangan masing-masing yang berada di luar negara layak mengundi sebagai pengundi pos.

Ditanya punca kumpulan berkenaan enggan mendaftar sebagai pengundi serta memohon sebagai pengundi pos, Abdul Aziz berkata ia mungkin disebabkan faktor kurang kesedaran mengenai tanggungjawab sebagai pengundi.

"Syarat nak jadi pengundi pos ialah mereka perlu daftar sebagai pengundi dahulu. Tapi nampaknya mereka mungkin letakkan tanggungjawab itu bukan sebagai satu keutamaan," katanya.

Selain itu menurut Abdul Aziz, SPR masih diperingkat kajian bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara yang tidak termasuk dalam senarai berkenaan bagi membolehkan mereka layak mengundi secara pos.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan