Pembalakan Gunung Inas Terhenti

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata aktiviti pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas berhampiran Baling, Kedah telah dihentikan.

Katanya aktiviti pembalakan akan terhenti sehingga Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diserahkan.

Douglas berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sisa dan Pameran 2012 di sini, Khamis.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Halimah Hassan berkata pihak berkaitan aktiviti pembalakan itu sudah menyerahkan EIA namun ditolak.

"Jabatan Perhutanan memberitahu bahawa kerja-kerja berkenaan telah berhenti dan EIA tidak dikeluarkan," katanya.

Beliau menambah EIA diperlukan untuk dua jenis aktiviti pembersihan tanah.

"Ia diperlukan untuk aktiviti pembalakan di atas tanah 500 hektar dan ke atas. Selain itu dalam kes-kes yang melibatkan perubahan status dalam penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek yang melibatkan kawasan lebih daripada 50 hektar," kata Halimah.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Sayuti Sepeai juga berkata EIA Gunung Inas telah ditolak.

"Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah mengemukakan permohonan tetapi ditolak kerana ia tidak layak untuk menjalankan pembalakan yang luas di kawasan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk pembalakan di Pedu, EIA tidak pernah dipohon.

Sebelum ini The Star melaporkan bahawa kira-kira 5,000 hektar tanah di Baling dan Pedu telah dibersihkan sejak pertengahan 2011 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek Ladang Sejahtera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pembalakan di rizab hutan di Pedu, Jeniang dan Baling dilaksanakan mengikut garis peraturan dan panduan yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan