MB Kedah Cuba 'Lepas Diri' Isu Saham FGV

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan pembabitan dalam isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) hanya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebagai Menteri Besar, Azizan yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pasti tahu mengenai pembelian 500,000 unit saham FGV itu.

"Saya pernah menjadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK. Setiap cek melebihi RM1 juta yang dikeluarkan oleh PKNK mesti ditandatangani oleh salah seorangnya ialah pengerusi," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Jumaat.

Beliau berkata dalam kes FGV yang harga sahamnya RM4.55 seunit itu, PKNK perlu mengeluarkan cek bernilai RM2.275 juta.

"Cek untuk tujuan itu mesti ditandatangani oleh Azizan dan saya hairan kenapa dia berbohong kepada rakyat dengan mengatakan 'terlepas' dari pengetahuannya," katanya.

Mahdzir berkata sikap Azizan itu amat dikesali kerana sering mengambil pendekatan 'melepaskan diri' dan enggan bertanggungjawab terhadap mana-mana isu yang tidak berpihak kepadanya.

"Isu ini sebenarnya bukan 'terlepas' tetapi 'melepaskan'," katanya.

Baru-baru ini, PKNK telah membeli 500,000 unit saham FGV pada harga RM4.55 seunit walaupun pakatan pembangkang menolak keras penyenaraiannya di bursa saham.

Azizan ketika ditanya mengenai pembelian saham itu, dilapor berkata ia 'terlepas' daripada pengetahuannya dan menyifatkannya sebagai amalan biasa kerana PKNK memang diberi hak untuk membeli mana-mana saham yang difikirkan mampu menjana keuntungan.

PKNK kemudian diarah menjual kembali saham terbabit. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan