Ketepi Perbezaan Pendapat, Ideologi Politik - PM

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengingatkan umat Islam supaya mengenepikan perbezaan pendapat dan ideologi politik demi perpaduan ummah yang akan membawa umat Islam di negara ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa depan.

"Ingatlah sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat," katanya dalam perutusan sempena bulan Ramadan dalam blognya www.1malaysia.com.my.

Najib berkata perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan satu daripada faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di dalam negara ini.

"Yakinilah bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin.

"Menyedari akan kemuliaan bulan Ramadan, saya menyeru agar semua umat Islam di Malaysia menguatkan lagi perpaduan ummah kerana harus diingat perpaduan dan penyatuan umat merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus dijadikan pedoman oleh umat Islam seluruhnya.

Najib berkata bulan Ramadan juga merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat Islam untuk diambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat-lipat ganda.

"Harus diingatkan di bulan yang mulia ini, kita perlu menginsafi diri dengan membantu fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Perbuatan membazir haruslah dielakkan. Sikap suka bersedekah mestilah dipupuk. Zakat fitrah pula janganlah dilupakan," katanya.

Najib turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam di negara ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan