Kemakmuran Felda Dinikmati Semua Pihak - Isa Samad

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Pembangunan pesat Felda bukan sahaja dapat dinikmati para peneroka malah turut dirasai masyarakat luar kawasan berkenaan.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata, Felda kini menuju era transformasi dalam pelbagai bidang dan mampu menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup peneroka serta masyarakat luar.

"Kejayaan Felda kini terbukti apabila penduduk miskin di kampung tradisional dan berhampiran tanah rancangan tersebut turut mendapat manfaat, misalnya menerusi Program Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni Felda (Kasih Felda) yang membantu membaikpulih rumah bernilai RM5,000 yang disalurkan Felda.

"Bantuan itu sekaligus dapat memberi sinaran baru kepada penduduk terbabit,"katanya berucap pada pelancaran program berkenaan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Padang Piol, di sini, Jumaat.

Isa berkata Felda akan melakukan yang terbaik bagi meningkatkan taraf hidup peneroka dimana Felda tidak boleh semata mata bergantung kepada sektor perladangan semata-mata selepas 56 tahun penubuhannya.

Felda perlu ditransformasi dan berubah kerana peranannya akan berterusan bagi kepentingan generasi akan datang, malah Felda perlu terus berusaha dan berubah supaya agensi terbabit lebih maju dan berdaya saing di peringkat global. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan