Doktor Buluh Tidak Sabar Beri Makan Panda

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Dr Abd Latif Mohmod memulakan projek untuk menanam buluh di tapak seluas 20 hektar di Raub 15 tahun yang lalu, beliau tidak pernah menyangka bahawa ia akan memberi manfaat kepada panda dari China.

Rasa sayangnya kepada tumbuhan itu jelas terpancar apabila bakal menyambut ketibaan dua ekor panda dari Hina tidak lama lagi.

"Sudah lama saya impikan kemungkinan ada panda di Malaysia. Bahagian asas buluh boleh dijadikan makanan panda manakala batang buluh boleh menghasilkan pelbagai produk komersial seperti penyepit makanan," kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini.

China bersetuju meminjam dua panda ke Malaysia selama 10 tahun sebagai pengiktirafan hubungan dua hala yang baik dan sempena ulangtahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Dr Latif, 51, dan pegawainya memulakan projek Raub sebagai sebahagian daripada Projek Perintis Buluh Kebangsaan bagi membangunkan industri buluh.

Beliau yang juga dikenali sebagai 'Doktor Buluh' oleh rakan-rakannya telah memenangi banyak anugerah untuk kajian selama 20 tahun demi pembangunan industri buluh.

"Buluh sebenarnya rumput, bukan pokok. Ia matang dengan cepat dalam tempoh dua hingga tiga tahun dan ia adalah sumber yang boleh diperbaharui. Panda memakan tangkai, daun dan pucuk," katanya.

Jelas beliau berkata haiwan itu akan bergerak meliputi kawasan lebih daripada satu kilometer sehari dan menghabiskan kira-kira 10 hingga 16 jam untuk makan sehingga 30 kilogram buluh.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan