Sultan Ibrahim Cadang Kerajaan Johor Kumpul Bahan Penulisan Sejarah Askar Timbalan Setia

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim mencadangkan kepada kerajaan negeri Johor supaya berusaha mengumpul dan mengemaskini bahan penulisan berkaitan sejarah Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Bertitah pada istiadat perbarisan tamat latihan rekrut askar Timbalan Setia Negeri Johor di sini, Khamis, baginda yang juga Komandan pasukan berkenaan turut berharap sebuah Muzium Askar Timbalan Setia Negeri Johor dapat diwujudkan.

"Saya mencadangkan kerajaan negeri terus berusaha mengumpul bahan penulisan dan sejarah pasukan supaya segala pengorbanan dan penglibatan pasukan ini pada masa silam dapat dikongsi bersama masyarakat. "Sebuah muzium Askar Timbalan Setia Negeri Johor juga harus diwujudkan agar dapat dimanfaatkan oleh rakyat dan para pelancong yang datang ke negeri ini," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan sejak 126 tahun lalu melakar sejarah hari ini apabila seramai 61 orang anak Melayu Johor menamatkan latihan mereka dengan penuh adat istiadat perbarisan ketenteraan yang julung kali diadakan sejak 1947. Baginda turut berharap kerajaan negeri dan persekutuan memberi sokongan sewajarnya terhadap rancangan pembesaran pasukan berkenaan memandangkan pertambahan seramai 61 orang lagi anggota itu masih belum mencukupi.

"Keperluan peralatan dan infrastruktur sokongan juga perlu dipertimbangkan supaya pasukan ini dapat menjalankan peranan dan tugasnya dengan berkesan semasa aman mahupun perang.

"Saya juga menyeru pihak kerajaan memperkemaskan semula organisasi, peranan dan tugas serta undang-undang pasukan ini supaya pasukan ini terus kekal relevan menjadi satu pasukan yang dibanggakan oleh negeri Johor," titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam pada itu melahirkan terima kasih baginda kepada kerajaan dalam usaha menggubal Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Timbalan Setia Negeri Johor dan pindaan Johor Military Forces Enactment 1915 (Enakmen Nombor 13) yang telah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini.

Baginda turut berterima kasih kepada ibu bapa yang memberikan kebenaran untuk anak-anak mereka menyertai pasukan berkenaan dan menasihatkan kesemua rekrut yang memulakan latihan sejak 16 Januari lepas supaya sentiasa menjaga nama baik pasukan dan disiplin ketenteraan.

Pada istiadat itu, Sultan Ibrahim turut menyampaikan hadiah kepada rekrut keseluruhan terbaik, R. Raffie Ramzee Abdul Rheman, 24, Muhammad Nor Helmi Mohd Amin, 20, (kawad kaki terbaik), Mohamad Hafis Amran, 23, (penembak terbaik) dan Muhamad Faiz Mazlan, 20, (akademik terbaik). -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan