Selangor Digesa Tubuh Panel Siasatan Bebas Kaji Jajaran Tambahan LRT Aliran Kelana Jaya

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggesa kerajaan Negeri Selangor menubuhkan satu panel siasatan bebas memastikan jajaran tambahan sistem transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya adalah selamat dan mengambil kira keselamatan awam.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, panel bebas itu perlu ditubuhkan bagi meneliti semua keputusan penilaian bidaan teknikal untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin.

"Saya akan bawa isu ini ke peringkat kerajaan Selangor supaya mereka menggunakan sepenuhnya kuasa untuk memastikan kontraktor yang dilantik oleh Prasarana mempunyai kepakaran dan kebolehan bagi menjamin sistem yang dibina kelak adalah selamat.

"Saya juga menyeru kerajaan Selangor menggunakan sepenuh kuasanya untuk memastikan Prasarana tidak boleh meneruskan projek ini sehinggalah semua aspek keselamatan dititikberatkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.

Rafizi berkata pada ketika ini Prasarana tidak menitikberatkan aspek keselamatan dalam pembinaan keselamatan kerana stesen 11 dan 12 laluan tambahan Kelana Jaya dibina terlalu hampir dengan rumah penduduk dan kawasan bekas kuari.

"Saya telah turut sama mengkaji proses rundingan dengan Persatuan Penduduk Putra Heights dan Taman Alam Megah dan Prasarana mengenai bantahan penduduk mengenai jajaran laluan tambahan sistem LRT Kelana Jaya.

"Bantahan penduduk turut disokong oleh pendapat pakar geologi, Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin namun ia tidak dihiraukan hingga kini, walaupun kajian trafik alternatif oleh kerajaan Selangor menununjukkan ada jajaran laluan alternatif yang lebih baik dan selamat," katanya.

Jelasnya, PKR memandang berat isu-isu keselamatan ini kerana ia melibatkan nyawa rakyat.

Antara isu keselamatan yang ditimbulkan oleh penduduk Putra Heights dan Taman Alam Megah dalam isu pembinaan jajaran LRT tambahan Kelana Jaya ialah:

1) Laluan terlalu dekat dengan kawasan perumahan.

2) Laluan terlalu hampir dengan kolam air dan bekas kuari.

3) Laluan yang dibina pada struktur tanah berbahaya.

4) Laluan yang dibina melalui cerun-cerun curam kelas III dan kelas IV.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan