Program Khas Bagi Penghuni Penjara Berdikari Selepas Dibebaskan

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Penjara Alor Setar mewujudkan program khas kemahiran di kalangan penghuni wanitanya agar dapat berdikari apabila dibebaskan kelak selain berpeluang mengumpul pendapatan semasa menjalani hukuman.

Pengarah Penjara Alor Setar, Ahmad Saidi Hamzah berkata 50 banduan wanita dipilih menyertai program yang dilaksanakan sejak April lepas dalam mempelajari kemahiran membuat kek.

Kek yang berkualiti dan mencapai tahap kebersihan yang baik akan dipasarkan kepada orang awam dengan harga yang murah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Jalinan Kasih sempena hari ibu bapa di Penjara Alor Setar, di sini, Khamis.

Beliau berkata, lima penghuni wanita di penjara itu memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Katanya selain kek, penghuni penjara ini juga menghasilkan produk kuih muih dan biskut raya yang kini sedang dipasarkan dan sambutannya amat menggalakkan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan