KeTTHA Tubuh Jawantkuasa Kabinet Khas Pantau Krisis Air Selangor

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet Khas untuk memantau dan menangani krisis air di Selangor, kata Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengkaji semua isu, termasuk permintaan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan cadangan Syabas untuk melaksanakan catuan air.

"Kami akan mengkaji isu mengenai situasi bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," kata beliau kepada pemberita di luar Persidangan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia 2012, di sini, Khamis.

Chin berkata jawatankuasa itu terdiri daripada dirinya sendiri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik.

Ia akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerajaan negeri Selangor semalam

mengumumkan yang ia akan menghantar surat kepada kerajaan persekutuan hari ini untuk memaklumkan akan hasratnya untuk mengambil alih pengurusan konsesi air.

Sementara itu, Chin berkata kerajaan akan menimbang semua opsyen, aspek dan petunjuk dalam mewujudkan penetapan harga yang wajar dan menyemak kembali mekanisme memandangkan harga-harga gas untuk sektor kuasa dan bukan kuasa disemak secara berperingkat bagi mencerminkan harga-harga pasaran. "Dengan ketersediaan import gas asli cecair (LNG) bermula September, isu kekurangan bekalan gas untuk sektor kuasa dan perindustrian akan dapat diatasi.

"Bagaimanapun, kita perlu maklum yang bekalan gas tambahan dari terminal LNG akan disediakan pada kos yang berbeza," kata beliau dalam ucap tama.

Dalam perkembangan lain, Chin berkata Akta Bekalan Gas sedang dikaji semula untuk menggabungkan pindaan yang diperlukan dan menangani mekanisme akses pihak ketiga. Beliau berkata ia adalah seiring dengan objektif untuk meliberalisasikan industri bekalan gas dan memudahkan kemasukan pembekal baharu.

"Rangka kerja peraturan industri bekalan elektrik juga telah dipertingkatkan untuk meningkatkan tahap ketelusan dan kecekapan," kata beliau.

Chin berkata Suruhanjaya Tenaga akan melaksanakan Peraturan Garis Panduan Pelaksanaan dan Berasaskan Insentif untuk menubuhkan rangka kerja peraturan ekonomi bagi mengawal Tenaga Nasional Bhd.

Peraturan itu juga bertujuan mewujudkan satu rangka kerja penetapan tarif dan prinsip untuk reka bentuk tarif; mekanisme insentif untuk mempromosikan standard kecekapan dan perkhidmatan; proses semakan semula tarif dan format akaun peraturan dan semakan tahunan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan