Kerajaan Mohon Kebenaran Khas Bawa Masuk Semula Sarang Burung Ke China

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan berusaha memohon kebenaran khas daripada China bagi membenarkan kemasukan sarang burung tempatan sekiranya pengeksport memenuhi syarat-syarat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, diharapkan menerusi hubungan baik Malaysia dengan China akan dapat memperoleh kelulusan.

“Protokol sudah siap dan sedang menunggu untuk ditandatangani. Kabinet telah bersetuju untuk menjemput menteri yang bertanggungjawab berhubung perkara itu dan akan dijadikan sebagai tetamu.

“Kami sedang menunggu maklum balas dan buat masa ini, kami sedang mencari permohonan khas bagi membolehkan sarang burung kita dapat memasuki negara itu,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Noh berkata, pengeksport perlu memiliki tiga sijil, dua daripadanya dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan satu lagi oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, sijil perakuan oleh Jabatan Veterinar merupakan Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Keaslian untuk menunjukkan sumber sarang burung itu.

“Kementerian Kesihatan mengeluarkan sijil bagi memastikan tahap nitrit dalam sarang burung tidak melebihi 30 ppm (bahagian per juta).

“Pengeksport perlu memastikan rakan niaga mereka di China sudah mempunyai permit import daripada kerajaan mereka.

“Pengeksport juga perlu menyertakan Pengenalan Identiti Frekuensi Radio (RFID) untuk seluruh rantaian bekalan dan pembalut untuk sarang,” kata beliau.

Industri burung walit di negara ini terjejas sejak pihak berkuasa China menghentikan import sarang burung dari Malaysia pada Julai lepas, apabila sampel diambil daripada produk sarang burung darah merah mengandungi tahap nitrit yang tidak memenuhi standard kesihatan China.

Isu tersebut semakin rumit berikutan syarat-syarat baru termasuk penggunaan RFID.

Noh berkata, keperluan RFID telah ditetapkan oleh Pentadbiran Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ) China, pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam isu berkenaan.

Beliau menambah, adalah tidak adil untuk pemain industri mempersalahkan Kerajaan kerana tidak membantu mereka menyelesaikan isu tersebut.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan