KDN Tolak Andaian Pembebasan Tahanan Punca Jenayah Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri pada Khamis menolak andaian peningkatan kejadian jenayah sejak kebelakangan ini berpunca daripada pembebasan 1,473 banduan baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun mungkin ada segelintir yang kembali melakukan jenayah, namun keadaan sebenar tidak seperti yang digambarkan dalam media.

"Meskipun kebelakangan ini media banyak melaporkan tentang pembabitan bekas-bekas tahanan tersebut dalam jenayah namun bagi saya jumlah itu tidak berada pada tahap yang membimbangkan," katanya selepas melawat balai polis bergerak di pusat beli-belah Pavilion dan kawasan parkir premis itu di sini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan bahawa peningkatan kes jenayah yang berlaku adalah disebabkan oleh keputusan kerajaan membebaskan tahanan tersebut di seluruh negara yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 baru-baru ini.

Pembebasan dilakukan sejak beberapa bulan lepas ekoran pengumuman pemansuhan oleh kerajaan terhadap ketiga-tiga akta tersebut tahun lepas.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan kesemua bekas tahanan yang dibebaskan akan dikawal serta tempat tinggal mereka juga akan dipantau.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata seorang pegawai kanan polis akan dilantik menerajui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengurangan Jenayah, khusus bagi mengendalikan isu-isu semasa berkaitan jenayah.

Katanya pelantikan pegawai berpengalaman itu akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, esok.

"Tidak ada satu formula yang boleh menyelesaikan semua masalah...dulu hanya tertumpu pada jenayah jalanan tetapi kini kejadian pecah rumah pula mengambil tempat.

"Jadi, kita perlukan pendekatan yang pelbagai dengan kepimpinan yang khusus untuk menghasilkan keputusan yang terperinci berhubung kes berkenaan kepada NKRA," katanya.

NKRA Pengurangan Jenayah dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri, diketuai oleh seorang pengarah yang peranannya tidak membabitkan proses mengumpulkan perangkaan jenayah.

Dalam pada itu, Hishammuddin memuji tindakan pengurusan pusat beli-belahyang mengambil inisiatif melengkapkan premis masing-masing dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), menempatkan pengawal keselamatan serta polis bantuan, sekaligus dapat membantu usaha polis menangani kes-kes jenayah di kawasan itu.

Katanya walaupun agak mustahil untuk memastikan sifar jenayah, namun beberapa pendekatan yang dilakukan kerajaan dan pemilik pusat perniagaan pastinya dapat mengurangkan keraguan masyarakat terhadap tahap keselamatan di pusat beli-belah.

"Kerjasama kementerian, polis serta pemilik premis perniagaan serta pengumuman kerajaan untuk meletakkan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bertugas di pusat beli-belah membuktikan kita serius dalam menangani jenayah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan