Hab Pendidikan Tinggi Di Pagoh

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kabinet bersetuju meluluskan cadangan pembinaan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh fasa pertama dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

Beliau berkata, keputusan itu diluluskan semalam dan projek yang bercirikan pembangunan mesra alam akan dibina fasa demi fasa bermula hujung tahun ini dengan melibatkan pembinaan tiga buah universiti dan sebuah politeknik.

Menurutnya universiti pertama yang akan dibina ialah Universiti Tun Hussein Onn (UtHM) memandangkan kawasan kampus induk yang ada sekarang di Batu Pahat tidak lagi boleh diperbesarkan.

"Universiti lain yang akan dibina ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta sebuah politeknik yang mana kita akan bina semua ini secara berperingkat dalam tempoh tiga hingga empat tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Mesra Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Pesara-pesara Kerajaan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini, Khamis.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata kesemua universiti berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 202 hektar dan akan menggunakan ulititi secara guna sama seperti kompleks sukan dan perpustakaan yang akan turut dibina di kawasan itu.

"Universiti nama berlainan tetapi menggunakan semua kemudahan sepeti kompleks sukan dan perpustakaan secara bersama, tidak perlu banyak bangunan," katanya.

Beliau berkata, apabila projek fasa pertama itu siap, ia mampu menampung 10,000 pelajar dalam satu-satu masa.

Selain itu, katanya, Sime Darby selaku pemilik tanah berkenaan juga akan membina hostel, bangunan kedai serta kawasan perumahan yang dijangka mampu menjana ekonomi penduduk setempat.

Dalam masa yang sama, katanya, kerajaan masih membuka peluang kepada universiti antarabangsa untuk membuka kampus cawangan mereka di sini.

Kata Muhyiddin, beliau sudah meminta Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pihak yang berminat untuk berbuat demikian bagi memastikan kawasan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh bukan sahaja mempunyai universiti tempatan tetapi juga universiti luar negara.

Muhyiddin berkata, sebelum ini Institut Teknologi Bandung juga telah menyatakan minat untuk membuka kampus mereka di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai masalah bekalan air di Selangor, Muhyiddin berkata beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet berhubung perkara itu untuk mengetahui permasalahan sebenar isu itu.

"Saya akan panggil Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk beri maklumat secara terperinci dan akan lihat peranan kerajaan negeri serta syarikat pembekal air," jelas Muhyiddin.

Menurutnya, soal itu akan dibincangkan dengan teliti kerana ia membabitkan kepentingan awam dan untuk mengelak salah faham mengenai peranan kerajaan pusat dalam isu itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan