Anggota Polis Hanya Layak Undi Pos Di Alamat Pusat Mengundi Didaftarkan - SPR

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan bahawa anggota polis dibenarkan mengundi pos di mana sahaja, sebaliknya mereka hanya layak berbuat demikian di alamat pusat mengundi yang telah didaftarkan.

SPR dalam kenyataan pada Rabu memperjelaskan bahawa menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, pendaftaran bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat berdasarkan kepada alamat anggota itu bertugas dan bukan alamat anggota itu bermastautin.

SPR mengeluarkan kenyataan itu bagi merujuk kepada laporan lidah rasmi PAS, 'Harakah' bertajuk 'SPR Laksana Peraturan Pelik Polis Dibenar Mengundi Pos Di Mana Sahaja' dalam edisi keluaran 13-15 Julai lalu.

Berhubung kes siasatan awam ke atas bantahan 37 pemilih pos dari kalangan anggota PDRM di Parlimen P.019 Tumpat, SPR berkata Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan) telah membuat keputusan bahawa 35 bantahan ditolak dan dua bantahan diterima.

"Tiga puluh lima bantahan ditolak bermakna permohonan 35 anggota PDRM untuk didaftarkan sebagai pemilih di lokaliti Balai Polis Wakaf Bharu diterima oleh SPR," kata SPR.

Alasannya adalah kerana permohonan mereka dibuat menggunakan alamat tempat bertugas, iaitu Balai Polis Wakaf Bharu, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan