Sikap Tidak Peduli Punca Mangsa Penderaan Seksual Kanak-Kanak Tidak Dibela

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sikap kepedulian adalah antara faktor kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual tidak mendapat pembelaan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Katanya atas faktor itu juga polis percaya banyak lagi kes penderaan seksual tidak dilaporkan berbanding 124 kes di Kuala Lumpur bagi tempoh 2009 hingga kini. "Mereka tidak membuat laporan kerana tida ada kesedaran atau rasa kepedulian tentang hak kanak-kanak yang perlu diambil berat dan dilindungi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Terhadap Pencegahan Jenayah Seksual Kanak-Kanak, di sini, Rabu.

Sehubungan itu beliau menyeru anggota masyarakat agar mengubah sikap tersebut bagi membantu polis menangani kes sedemikian.

"Dengan sikap dan kesedaran itu, kita harap masyarakat yang melihat sebarang kejadian atau gejala berkaitan kes seksual terhadap kanak-kanak dapat tampil membuat laporan bagi membolehkan polis mengheret individu tidak bertanggungjawab berkenaan ke muka pengadilan," katanya. Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya berkata semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani isu itu dengan mendedahkan kanak-kanak akan ancaman gangguan seksual.

Beliau berkata ini kerana golongan itu tidak tahu mengenai hak mereka atau cara melindungi diri bagi mengelak daripada menjadi mangsa memandangkan kebanyakan kes membabitkan individu yang dikenali mangsa.

Rekod polis menunjukkan 60 peratus daripada 1,823 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan bapa kandung, bapa tiri dan bapa saudara sendiiri.

Menurut rekod polis, sebanyak 60 peratus daripada 1,823 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilapor bagi tempoh 2006 hingga 2010, pelaku adalah bapa kandung, bapa tiri dan bapa saudara sendiri.

Seminar sehari anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia itu disertai 500 peserta terdiri daripada guru sekolah, wakil rumah perlindungan kanak-kanak serta wakil badan bukan kerajaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan