Sidang Dewan Negara Ditangguh, Lulus 8 RUU

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Negara yang bersidang selama enam hari sejak 9 Julai lepas ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sepanjang persidangan berlangsung sebanyak lapan rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012, Rang Undang-Undang Pelindung (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2012.

Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Francais (Pindaan) 2012.

Persidangan kali ini juga menyaksikan pelantikan seorang Senator baru iaitu Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan, Khairiah Mohamed yang menggantikan Mumtaz Mohd Nawi yang tamat tempoh perkhidmatan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan