Selangor Ada Kuasa Ketepi Keputusan Syabas - MB

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung kelulusan permohonan pembangunan baru di negeri itu.

Beliau berkata berdasarkan perjanjian konsesi penswastaan air, Pengarah Kawal Selia Air Selangor Datuk Nordin Sulaiman yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Abdul Khalid berkata kira-kira 60 pengusaha industri terjejas berikutan permohonan kelulusan pembangunan mereka ditolak oleh Syabas.

"Kebiasannya, bagi mendapatkan kelulusan untuk pembangunan, setiap jabatan akan menjawab 'ya' atau 'tidak' atau 'boleh dipertimbang' tetapi bagi Syabas mereka memutuskan untuk menjawab 'tidak dicadangkan'.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri mempunyai Kawal Selia Air untuk meneliti perkara ini dan Syabas bukanlah pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keputusan akhir berhubung pemberian kelulusan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Vibrant Selangor 2012: Seminar & Showcase anjuran Selangor State Investment Centre (SSIC) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, Selasa.

Abdul Khalid mengakui dalam perjanjian konsesi itu, kerajaan negeri telah mewakilkan Syabas untuk membuat keputusan tetapi jika syarikat itu tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya, kuasa itu akan diambil alih oleh Pengarah Kawal Selia Air negeri.

Mengenai perancangan kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya membuat penilaian selama enam bulan mengenai kemungkinan masalah yang timbul akibat tindakan syarikat itu.

Abdul Khalid berkata beliau telah menulis surat kepada Syabas dan Kerajaan Persekutuan semalam berhubung cadangan pengambilalihan itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 April 2017 6:00 PM

Pasir Dan Emas Rupanya Sesuai Bersama

Jumaat, 21 April 2017 4:51 PM

Salman Khan Hentikan Acara Untuk Hormati Azan

Jumaat, 21 April 2017 4:30 PM

Julia Perez Semakin Kritikal

Jumaat, 21 April 2017 11:38 AM

Berbaju Pengantin Di Sisi Keranda Suami

Khamis, 20 April 2017 6:16 PM

Hatta Komen 'Lambakan' Pereka Fesyen Baharu

Khamis, 20 April 2017 5:30 PM

Naja Bollywood Dilamar Komposer Janam Janam

Khamis, 20 April 2017 4:30 PM

Hefny Sahad 'Tapau' Semua

Khamis, 20 April 2017 2:54 PM

Sindiket Antarabangsa Tumpas

Khamis, 20 April 2017 12:45 PM

Perlawanan Bola Sepak Berakhir Tragedi

Kolumnis

iklan

Iklan