PRPI 2012 Peringkat Kebangsaan Buka Minda Pelajar, Tampil Rekaan Bermutu Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Vokasional Teluk Intan, Perak bersama rekaan inovasi mereka yang dipamerkan dalam PRPI 2012. -Foto mStar Oleh: IZRA RAHMAN
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Vokasional Teluk Intan, Perak bersama rekaan inovasi mereka yang dipamerkan dalam PRPI 2012. -Foto mStar Oleh: IZRA RAHMAN

SERI KEMBANGAN: Pertandingan Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) Peringkat Kebangsaan merupakan satu langkah yang baik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membuka minda pelajar di bangku sekolah.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Ir. Dr Mohd Saleh Jaafar berkata hasil rekaan pelajar pada tahun ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti.

"Kita terkejut melihat hasil rekaan inovasi pelajar sekolah. Saya boleh katakan ada rekaan yang lebih baik atau setanding dengan yang direka oleh institut pengajian tinggi (IPT)," katanya selepas menyampaikan pingat kepada sekolah-sekolah terpilih yang menyertai PRPI yang diadakan di UPM, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata terdapat sebahagian daripada hasil rekaan yang dipamerkan dilihat sudah bersedia untuk dipasarkan secara komersil.

Katanya, program yang mendapat suntikan dana KPM ini turut menarik minat UPM untuk menjadi rakan kongsi kepada sekolah-sekolah berpotensi dalam bidang rekaan dan inovasi.

"UPM sentiasa bersedia menjadi rakan kongsi dalam program dan pertandingan seperti ini.

"Kebanyakan mereka (sekolah) saya lihat kekurangan data yang memerlukan mereka membuat sedikit kajian dan penyelidikan...UPM boleh membantu dari segi ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Hakim PRPI 2012 Profesor Madya Dr Mansor Ahmad berkata pihak juri mendapati hampir semua rekaan yang dipamerkan menunjukkan ciri inovasi bermutu tinggi.

"Semuanya memenuhi kriteria...masalah untuk kita buat pemilihan.

"Hanya dari segi persembahan ada pelajar yang dapat menerangkankan tentang hasil ciptaan mereka dengan baik dan kurang baik," katanya.

Menurut beliau penghakiman dibuat dengan membahagikan rekaan kepada dua bahagian iaitu kejuruteraan dan sains.

"Hakim kedua-dua bahagian dapat membuat persetujuan yang hampir sama untuk memilih rekaan terbaik," katanya.

Tiga pelajar Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak menyatakan kegembiraan selepas menjadi salah sebuah sekolah yang dianugerahkan pingat emas.

Mereka ialah Mohd Azim Razali, 17, Muhammed Syafiq Mat Sahri, 17 dan Nurliyana Mohamad, 16, menghasilkan produk yang dikatakan dapat menggantikan gula.

Sekolah lain yang dianugerahkan pingat emas pada hari ini ialah Sekolah Menengah Slim River, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sekolah Menengah Agama Ad Diniah Al Islamiah, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, MRSM Terendak, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan Segamat dan Sekolah Seri Puteri.

Sejumlah 54 sekolah telah terpilih dalam pertandingan kali ini.

Lima rekaan terbaik akan diumumkan pada majlis penutup, esok

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan